Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
pokok

Ingatkan Bumbung Bocor, Rupanya Pokok Yang Curah Air Ke Dalam

Jannah by Jannah
8 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Cuaca yang tidak menentu di Malaysia ini ada kalanya boleh mengganggu rutin seharian terutamanya keadaan hujan yang berterusan. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan situasi melucukan yang berlaku di rumahnya gara-gara hujan yang telah menjejaskan keadaan di rumahnya ini.

Pada awalnya, dia menyangka bumbung di rumahnya itu bocor dek hujan lebat itu namun sebenarnya ada punca lain yang menyebabkan ia berlaku. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat bagaimana pokok daun keladi di rumahnya boleh menjadi punca.

@sera9478

kerja dia

♬ bunyi asal – juzuk sera channel – juzuk sera channel

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini memberitahu dia berasa hairan bagaimana air hujan itu boleh masuk ke dalam rumahnya. Malah pada awalnya dia menyangka ada bumbung yang bocor yang menyebabkan air hujan masuk ke dalam rumah.

Namun selepas diselidik, rupa-rupanya sebatang pokok daun keladi menjadi puncanya apabila daun dari pokok itu telah menadah air hujan itu. Akibatnya, daun tersebut telah menumpahkan air hujan yang bertakung itu ke dalam rumahnya.

pokok daun keladi

Lebih melucukan, lelaki itu siap berkongsikan kejadian yang berlaku itu apabila daun dari pokok itu melimpahkan air yang bertakung. Rupa-rupanya, selama ini pokok yang ditanamnya itulah yang menjadi punca kepada masalah yang dialaminya ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi dikongsikannya ini. Malah ada yang terhibur melihat bagaimana pokok tersebut boleh menjadi musuh dalam selimut pada pemiliknya sendiri.

“Daun keladi mencurah air dalam rumah orang.”

hujan

“Melawak kasar lah keladi ni.”

pokok

“Ni namanya mencurah air ke dalam rumah.”

komen

“Dia penuh dia tuang mai sini noh…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Kucing Terjaga Dari Tidur Bila Disuapkan Madu, “Mimpi Jadi Kenyataan…”

Takut Dengan Orang Ramai, Lelaki Minta Mak Hantarkan Main Badminton

Bayi Buka Peti Ais Makan Tomato Bikin Berdekah, “Kecik2 Dah Kelakar…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia