Apabila membersihkan rumah, ramai di antara kita yang tidak berfikir dua kali bahan apa yang kita ingin gunakan. Biasanya kita akan capai apa sahaja bahan pencuci yang ada di rumah asalkan kerja pembersihan dapat dijalankan.
Tetapi sebuah perkongsian yang tular di Twitter ini membuktikan bahawa perkara itu perlu diambil serius. Dalam posting oleh pengguna atas nama Areuizany, seorang wanita menceritakan pengalaman dimasukkan ke hospital hanya kerana terhidu campuran bahan pencuci.
Menurut wanita itu, dia telah mencampurkan bahan peluntur dengan sejenis pembersih kotoran ‘stain remover’ menyangkakan bahawa produk itu adalah sabun.
Pengalaman terhidu bau Stain Remover campur Clorox.. pic.twitter.com/K8JtTsPG1Q
— 🥀 (@areuizany) October 8, 2021
Akibat kuantiti banyak yang dituangkan ke dalam baldi, bau campuran kimia memenuhi rumah sehingga memedihkan hidungnya.
Walaupun cuba memaksa diri untuk terus membasuh tandasnya dengan bernafas mengikut mulut, wanita itu akhirnya mengalami sesak nafas sehingga suaminya terpaksa membawanya ke hospital.
Tubuh wanita itu dimasukkan air dan ia disarankan untuk tinggal di wad semalaman tetapi terpaksa menolak kerana anaknya di rumah. Apabila dia periksa label botol pembersih kotoran yang digunakan, jelas menyatakan bahawa bahan itu tidak boleh dicampur dengan peluntur.
Perkongsian wanita itu membuat ramai sedar mereka juga sering melakukan kesilapan yang sama.
“Saya pernah campur these two…”
Saya pernah campur these two. It was a bad moment. I learnt my mistake. This combination mmg bersihkan kotoran but it took a toll on my health. https://t.co/SFwz8J9ay6
— furuhurus (@faraaharis) October 10, 2021
I’ve been through this and almost mati 👍🏻 https://t.co/LRbSiCXPlZ
— tasha🇵🇸 (@fztulntsha) October 10, 2021
“Aku dah la jenis malas membaca…”
Fakk. Bahaya sial. Aku dah la jenis malas membaca https://t.co/BnKIRoIDUu
— Pedoq Rapopo (@pedoqpop) October 10, 2021
Sumpah betul, pls baca! happened to me before 😭😭😭 https://t.co/IAgWW9ZGd3
— * (@miejasalim) October 10, 2021
“jangan campur dgn floor cleaner/stain remover …”
Clorox or bleach yang lain-lain, jangan campur dgn floor cleaner/stain remover or pencuci yg seantara dengannya. Campuran boleh jadi gas chloramine. Hidu banyak boleh pengsan, koma dan silap haribulan terus arwah. https://t.co/9uEOJJWch7
— PU Nabil 🇲🇾 #Lawan (@NabilHussein) October 10, 2021
“Detective Conan tunjuk cara untuk…”
I watched on Detective Conan series that showed how to kill a person by the breathing in two mixtures of toilet cleaner.
This childhood series is useful, this story is a brave-written and meaningful.
Spread a much as you can.
Save a life. https://t.co/dq6eWwO0Fw— Anasofea | On Hiatus (@AnasofeaRidzwan) October 10, 2021
“Sayangi nyawa anda…”
If im not mistaken both acid will form chlorine gas right?
Sodium Hypochlorite and Hydrochloric Acid (as stated on brown bottle)
NaOCI + HCI 😵 please read instruction. Sayangi nyawa anda https://t.co/kVWg5NumY1
— Sofea (@sofeaiezam) October 10, 2021
Ikuti juga kisah-kisah di bawah imi.
Bapa yakin buka Planta letak tepi singki, “Tak jadi lah nak buat nasi briyani…”
Tular ‘hack’ sumbat bawang putih dalam hidung untuk rawat resdung, doktor beri amaran
Cara Profesor Kimia Pujuk Pelajar Untuk Baca Silibus Memang Win!