Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
tik tok

Lelaki Spontan Join Dua Gadis Menari Tik Tok, “Bini Dia Pun Sabo Je…”

Jannah by Jannah
8 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Jika anda seorang pengguna setia Tik Tok, tentunya anda tahu beberapa trend video yang selalu dikongsikan di platform itu. Macam video tarian yang dilakukan oleh dua gadis ini yang menarik perhatian ramai gara-gara kemunculan spontan seorang lelaki di dalam video mereka ini.

Malah kemunculan lelaki itu juga tidak dirancang dan hanya dilakukan secara spontan sahaja. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama terhibur melihatnya.

@wiwinbollmixdance

Sape kenal abang baju putih tu sila tag!!!!!!..padu bosqueee @say_iera #fyp #fypシ

♬ suara asli – yogaserge – yogaserge

Di dalam video yang dikongsikan ini, kedua-dua gadis itu dilihat cuba melakukan video tarian yang cukup popular di Tik Tok sekarang ini. Untuk melakukan trend ini, ianya memerlukan seorang demi seorang untuk menari dengan gerakan tangan dan kepala ini.

Semasa kedua-dua gadis itu menari, muncul pula satu pasangan lelaki dan wanita yang secara kebetulan berjalan di belakang mereka. Sebaik sahaja melihat tarian yang dilakukan ini, lelaki itu kemudian segera menyertainya dan melakukan tarian yang sama.

lelaki

Lebih mencuit hati, kemunculannya ini langsung tidak disedari oleh kedua-dua gadis itu. Dalam masa yang sama, wanita yang berada di sebelah lelaki itu hanya mampu memandang sahaja sambil menunggu lelaki itu selesai menari bersama-sama mereka.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi spontan lelaki itu menyertai tarian tersebut. Malah ada juga yang berseloroh tentunya pasangan lelaki itu turut berasa malu melihat tindakan spontan pasangannya itu.

“Masuk kereta auto bini dia menganjing…”

tik tok

“Bini dia pun sabo je tunggu.”

tarian

“Nampaknya brother tu kaki tik tok jugak…”

komen

“Harap abang tu tak kena cubit.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Lelaki Bagi Ulasan Pergaduhan Oyen Dan Black, “Tunggu Arahan Ketua…”

Gadis Beli KFC Dapat Percuma Name Tag, “Kena Sumpah Jadi Ayam…”

Reaksi Panik Sekumpulan Lelaki Bila Langsir Terjatuh Bikin Terhibur

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
suara mickey mouse
Hiburan

Suara Mickey Mouse Adalah Khir Rahman Buat Ramai Tak Percaya!

1 day ago
Tingkap
Media Sosial

“Benda boleh kecoh…”- Suka2 rampas tempat duduk sebelah tingkap dibidas ramai

3 days ago
Lego
Media Sosial

Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia