Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kanak-kanak

Gelagat Kanak-Kanak Saling Berpandangan, “Cinta Di Kedai Makan…”

Jannah by Jannah
8 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Kalau bercakap tentang cinta pandang pertama, mungkin ada yang percayakannya mungkin juga ada yang tidak. Baru-baru ini pula, gelagat dua kanak-kanak yang saling berpandangan di antara satu sama lain di kedai makan menarik perhatian ramai.

Situasi itu juga turut membuatkan netizen menganggapnya sebagai kisah cinta pandang pertama memandangkan kedua-dua mereka saling tidak mengenali. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.

@farahwaniismail

Drama spontan di kedai makan. Aduhh terhibur mama 🤣🤣🤣!!! 20tahun lagi jumpa balik ye nak oi 😂

♬ Indah Cintaku – Nicky Tirta & Rini Mentari

Di dalam video yang dikongsikan ini, ibu kepada kanak-kanak perempuan itu berkongsikan situasi lucu yang berlaku baru-baru ini. Semasa mereka sekeluarga berada di sebuah kedai makan, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tidak henti memandang anaknya itu.

Malah anaknya juga turut sama mencuri pandang pada kanak-kanak lelaki itu yang hanya berdiri sambil memandangnya. Lebih melucukan, kanak-kanak lelaki itu kemudian hampir saja tergelincir tangannya gara-gara direnung oleh anak perempuannya ini.

kedai makan

Melihatkan pada gelagat kedua-dua mereka yang saling berpandangan ini, wanita itu turut berseloroh meminta mereka untuk kembali berjumpa semula 20 tahun lagi.

Di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat situasi yang berlaku di antara kedua-dua kanak-kanak ini. Ada juga yang berseloroh mungkin juga kanak-kanak lelaki itu terpukau melihat kanak-kanak perempuan itu buat pertama kalinya.

“Awek baru toleh langsung tergelincir siku.”

kanak-kanak

“Dah aku pulak yang tersengih-sengih tengok video ni.”

berpandangan

“Tajuk cerita: cinta di kedai makan.”

komen

“Sampai terpeleot tangan adik tu bila si cantik toleh.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Pengantin Tengah Bergambar, Kucing Pula Sibuk Tarik Perhatian

Tuan Rumah Sibuk Karaoke, Lelaki Hantar Parcel Ikut Menyanyi

Kucing Buat Muka Tak Bersalah Kantoi Main Dalam Mesin Basuh

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

2 days ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

3 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia