Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
karaoke

Tuan Rumah Sibuk Karaoke, Lelaki Hantar Parcel Ikut Menyanyi

Jannah by Jannah
8 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Memang tak dapat dinafikan, membeli belah secara atas talian sememangnya lebih mudah dan menjimatkan masa. Mungkin disebabkan itulah ramai yang lebih rela menunggu parcel tiba di rumah dari perlu keluar bersesak dengan orang ramai.

Baru-baru ini pula, satu situasi melucukan berlaku pada seorang lelaki ini semasa dia menghantar parcel di rumah pelanggannya. Bukan sahaja melucukan malah video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir tujuh juta tontonan setakat ini.

@evafahriyah5

#KeluargaSehatIndonesiaKuat #viraltiktok #tiktokviral #fypシ #zyxcba #selebtiktok #fyp #kurirpaket #shoppe #lazada bismillah fyp😇🙏😅

♬ suara asli – Eva Fahriyah – Eva Fahriyah

Di dalam video yang dikongsikan ini, pekerja itu dilihat tiba di hadapan rumah pelanggannya untuk menghantar parcel itu. Namun malangnya, tuan rumah pada waktu itu sedang sibuk menyanyi karaoke dan langsung tidak sedar tentang kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yang sama, pekerja itu masih berdiri di hadapan pintu itu semasa tuan rumah sedang sibuk melayan karaoke. Lebih melucukan, lelaki itu kemudian turut sama menyanyi mengikut rentak lagu tersebut sambil memberitahu tentang parcel yang dibawanya.

karaoke

Memandangkan tuan rumah sedang menyanyi menggunakan mikrofon, dia langsung tidak dengar apa yang dikatakan oleh pekerja itu. Malah situasi itu berlanjutan sehingga ke penghujung video apabila lelaki itu masih lagi berdiri di situ sambil menunggu tuan rumah mengambil parcel tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi malang yang dilalui lelaki ini. Malah ada yang berseloroh lelaki itu masih lagi setia menunggu di hadapan pintu itu sehinggalah sekarang ini.

“Nape jadi nyanyi abangnye.”

parcel

“Melepas penat dengan ikut bernyanyi.”

menyanyi

“20 tahun kemudian.”

komen

“Katanya sampai sekarang masih menunggu di depan rumah.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Kucing Buat Muka Tak Bersalah Kantoi Main Dalam Mesin Basuh

Dua Lelaki Bantu Rakan Tersangkut, Seluar Terkoyak Pula Bikin Dekah

Budak Kecil Pura-Pura Pengsan Bila Dimarah, “Kelakar Kau Dik…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia