Sejak kebelakangan ini, ramai yang suka melakukan prank pada kucing mereka dengan menggunakan cicak mainan. Biasanya cicak mainan ini boleh dibuat dengan menggunakan kotak sahaja ditambah pula dengan warna kotak yang seakan-akan sama dengan warna sebenar cicak.
Baru-baru ini, reaksi seekor kucing berwarna oren ini berjaya menarik perhatian ramai apabila dia pula yang mengejutkan pemiliknya dengan reaksinya ini. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari lima juta tontonan setakat ini.
@ari.yaaaa terkejut weh 😂😂😂🤦🏻♀️🤦🏻♀️ #catsoftiktok #cutiepie #fy
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu menunjukkan cicak mainan yang dibuatnya untuk melakukan prank itu pada kucingnya. Dia kemudian menunjukkan cicak itu pada kucing berwarna oren itu yang dilihat sedang duduk di atas sofa.
Sebaik sahaja melihatnya, kucing itu kemudian menunjukkan minatnya malah turut memberikan reaksi terkejut dengan cicak yang dipegang pemiliknya itu. Gadis itu kemudian menyorokkan cicak itu sebelum kembali menunjukkannya pada kucing itu.
Namun tanpa disedari oleh pemiliknya, kucing itu telah pun mara ke hadapan dan menghampirinya dengan jarak dekat untuk melihat cicak itu. Kemunculan si oyen secara tiba-tiba itu turut mengejutkan gadis itu yang langsung tidak menyangka kucing itu berada di situ.
Meninjau di ruangan komen, netizen juga turut sama berasa terkejut dengan kemunculan si oyen itu pada akhirnya. Malah netizen turut berseloroh siapa sebenarnya yang menjadi mangsa prank di dalam video ini sama ada kucing itu ataupun gadis itu sendiri.
“Siapa prank siapa ni.”
“Comel muka blur dia tu.”
“Sendiri buat prank sendiri kena prank. Berani kamu ye nak prank oyen…”
“Aku ingatkan kucing tu nak lompat kat dia.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Lelaki Tangkap Gambar Dengan Pengesan Suhu, “Siap Posing Betul2…”
Gadis Confident Turun Di Eskalator Yang Salah, “Lama Tak Keluar…”