Didie Alias antara selebriti serba boleh yang cukup berbakat. Sejak akhir-akhir ini Didie Alias rajin menghasilkan video berbentuk hiburan di TikTok. Malah dia juga sedang membintangi sebuah drama bersama pelakon jelita Reen Rahim.
Umum sedia tahu, kedua-dua pelakon ini memang boleh tahan ‘masuk air’ perangai masing-masing. Malah dalam perkongsian video baru-baru ini kelihatan mereka berdua sakan mengusik antara satu sama lain.
Dalam rakaman itu kedengaran Didie Alias ‘pening’ berlakon dengan Reen Rahim kerana kepala ‘gila-gila’ pelakon ini. Di belakang Didie Alias pula kelihatan Reen Rahim sedang mengusik pelakon senior tersebut. Berikut adalah rakaman luahan perasaan Didie Alias yang dikongsikan di TikTok Reen Rahim ini:
@reenrahimmy Mummy lek mummie hehe#reenrahim #reenrahimhygienewash ,
Ada-ada sahaja dua selebriti ini. Sesuailah mereka digandingkan bersama. Apa-apa pun perkongsian rakaman Didie Alias pening berlakon dengan Reen Rahim ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 53 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Selalu orang lain hadap giler2 mummy Didi je. Bila dengan Reen mummy boleh rasa la macam mana orang lain duk rasa sebelum ni…Masuk air”
“Saya suka dapat anak macam ni..Happy ooo…Ni bukan gila tapi ni la penawar suka duka”
“Haaa didik nampak garang tapi lawak”
“Mummy dengan Reen sama naik… Sama2 giler terbaiklah lakonan kau orang”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Mat Salleh Cakap Bahasa Melayu, Tapi Perkataannya Curi Perhatian Dan Undang Tawa!
Si Putih Dipakaikan Baju, Cara Jalan Pula Bikin Dekah- “Tengah ‘Menurun’ Ke Tu”
Budak Menari Dengan Bumblebee, “Tak Tahu Mana Satu Yang Comel”