Menjaga pesakit dewasa yang tidak boleh bergerak sendiri sama ada kerana sudah tua atau masalah fizikal adalah satu tugas berat, baik bagi kakitangan di hospital mahupun ahli keluarga yang menjaga pesakit di rumah.
Namun kebanyakkan orang tidak merungut tentang perkara itu kerana telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan penjagaan terbaik buat pesakit yang lemah.
Walau bagaimanapun, sebuah produk yang tular di Twitter ini mencuri perhatian yang mengakui mungkin ia dapat meringankan beban mereka dan juga pesakit yang mereka perlu uruskan.
Pertama kali i nampak video tiktok ni, terus terdetik dalam hati. Kang senang kalau benda ni ada kat hospital kan 😓 pic.twitter.com/AUmMjEWKoy
— Sir Danny Sayang Kamu (@DanialTsu) October 19, 2021
Produk yang berbentuk seperti kusyen itu digunakan untuk memudahkan penjaga mengalihkan posisi pesakit di atas katil ketika ingin menukar lampin atau mengelakkan badan lenguh.
Dalam video yang dikongsikan pengguna Danial Tsu, model pesakit dilihat sedang berbaring di atas katil dengan kusyen itu diletakkan di bawah kakinya. Jadi penjaga hanya perlu menolak atau menarik kusyen berkenaan untuk mengalihkan badan pesakit ke posisi mengiring tanpa perlu bersusah payah.
Rata-rata netizen bersetuju produk itu berguna untuk pesakit di hospital mahupun ahli keluarga yang sakit di rumah.
“memudahkan keje…”
Wahhh, bestnya, memudahkan keje https://t.co/KWQ0GAZ4wu
— Fiqa Jamaluddin (@feeqa594) October 20, 2021
“Kenapalah tak ada benda nie dulu…”
Kenapalah tak ada benda nie dulu😟 https://t.co/oHQu78ZZpA
— Asyilafrancis🇵🇸🕊 (@asyilafrancis) October 20, 2021
“sekarang mampu lagi…”
Added to cart. Nak beli taktau bila sebab buat masa sekarang mampu lagi nak berpusing dan mengangkat. https://t.co/dNuNgTuxd1
— Achmad Diego Dasuki® (@hilmyhalimunan) October 20, 2021
“Memang berat kalau nak angkat …”
Tokbah dah takda . Memang berat kalau nak angkat oakaikan pampers https://t.co/MtTbPh8rJr
— FaizFauzan (@faizfauzannn) October 20, 2021
naise. lagi senang nk pakaikan pampers ☝️ dulu mase arwah ada, aku siap panggil yaya suruh dia pegang 😂 https://t.co/Rn165KPmiQ
— apjxn (@nrafzn_) October 20, 2021
“Sebagai student nurse…”
Sebagai student nurse yg selalu dapat shift pagi, aku setuju. https://t.co/t2cOY8yWY2
— fafe (@farr4hin) October 20, 2021
Sementara itu ikuti juga kisah-kisah berkaitan di bawah ini.
Jururawat kagum lihat rambut, gadis ini terpaksa tipu rambutnya bukan palsu
Jururawat Digantung Kerja Selepas Bergilir-Gilir Baring Atas Katil Yang Digunakan Penyanyi Singapura
Jururawat kena saman gara-gara mengata rambut anak pelakon Indonesia ini, “Kalau aku ada duit”