Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
ayam

Minta Ayam Bahagian Peha, Lain Pula Yang Diterima Bikin Berdekah

Jannah by Jannah
7 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Setiap orang mesti mempunyai bahagian ayam tertentu yang menjadi kegemaran mereka. Selalunya bila memesan makanan, pasti ada yang akan memilih bahagian tertentu pada penjual. Sama juga macam situasi yang dikongsikan gadis ini namun lain pula yang diterimanya kali ini.

Gadis itu telah meminta bahagian peha untuk ayam goreng yang dibelinya itu tetapi lain pula yang diberikan oleh penjual tersebut. Malah ramai pula netizen yang turut sama terhibur melihatkan bahagian ayam yang diterimanya ini.

@ilayuya

Bang, saya nak ayam bahagian peha. Boleh dik! INI APA?! #sayanakayampeha

♬ original sound – yuyy – yuyy

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan pengalaman lucunya semasa membeli makanan baru-baru ini. Menurutnya, dia telah membuat pesanan untuk diberikan bahagian peha bagi ayam yang dibelinya itu.

Malah penjual itu juga turut bersetuju untuk memberikannya dan tidak mempunyai masalah dengan permintaan tersebut. Namun sebaik sahaja gadis itu menerima pesanan makanannya, bahagian ayam yang diterimanya itu lain daripada yang disangka.

peha

Lebih mencuit hati, bahagian ayam yang diterimanya itu mempunyai ruang kosong di bahagian tengah dan langsung tidak menyerupai peha yang dimintanya. Melihatkan bahagian ayam yang diterimanya ini, gadis itu turut sama berdekah pada akhirnya dan akur dengan nasib yang diterimanya.

Di ruangan komen, netizen juga turut sama terhibur dengan nasib yang dilaluinya ini. Ada juga netizen yang berseloroh tertanya-tanya tentang nasib ayam itu yang memiliki peha lain daripada lain berbanding ayam biasa.

“Boleh buat tiup buih.”

ayam

“Rasa berdosa gelak.”

bahagian ayam

“Eh ni lauk auntie anne ni.”

komen

“Saya nak peha bang bukan gelang.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

http://himpunanceritalawak.com/2021/10/25/sekumpulan-itik-halang-jalan-ramai-ramai-mintak-bayar-tol-tu/

Gelagat Lelaki Lepak Tanpa Telefon Raih Perhatian, “Ni Baru Lepak…”

Anjing Kantoi Tak Garang Belakang Tuan, “Kena La Pandai Berlakon…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

2 days ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

3 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia