Penyanyi berbakat yang dikenali sebagai Tuju baru-baru ini hadir dengan lagu solo terbaharu darinya berjudul Khayalan. Tuju atau nama sebenarnya Azree Zamree memulakan kariernya sebagai salah seorang anggota kumpulan K-Clique.
Khayalan bukanlah lagu solo pertama darinya. Sebelum ini judul lagu ‘Jiwa Pusing’ pernah diterbitkan sekitar lapan bulan lalu sebagai single solo dari Tuju.
Terbaharu Khayalan hasil karya ciptaan Tuju sendiri bersama Mingaling. Menerusi perkongsian teaser di Instagram penyanyi ini sahaja ramai yang sudah tertarik dan tidak sabar menantikannya. Berikut adalah muat naik yang dikongsikan oleh Tuju beberapa hari lalu:
Tidak berapa lama kemudian muzik video rasmi Khayalan nyanyian Tuju dimuat naik menerusi saluran Youtube Black Hat Cat Records. Jom dengarkan lagu Khayalan ini:
Wow, sudah pastinya lagu Khayalan nyanyian Tuju ini bakal hits! Dengarkan sahaja lirik dan rentak lagunya, memang layan habis! Baru sahaja dimuat naik tiga hari lalu, muzik video ini sudah meraih lebih 12 ribu tontonan. Apa-apa pun di ruangan komen rata-rata warganet memuji hasil lagu terbaharunya ini seperti berikut:
“Gila2 lah Tuju let’s go trending”
“Sedap gila beat drop macam travis scoot. Boleh gi MTV international tahun ni…”
“Suka lagu ni. Part/rangkap paling love minit 1:34 tu. Menusuk kalbu bila dengar part tuh..Dapat rasa aura lagu nih! Sangat tenang bila layan”
“Tuju, tahniah. Lagu ni dari 1st dengar dah dekat sangat dengan diri…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak ‘Mengusik’ Lelaki Hidupkan Enjin Motosikal, “Hahaha Bertuah Betul”
Anak Kucing Gigit Skrin Laptop Sampai Rosak, “Marah Dia, Amboiii Dia Tu”
Si Comel Tidak Kisah Tidur Di Mana-Mana Dalam Kereta, “Sampai Nganga Mulut”