Sebut sahaja nama penyanyi, Ernie Zakri ramai yang mengenalinya sebagai selebriti bersuara padu yang mana kehebatannya melontarkan suara bukan calang-calang.
Walau bagaimanapun, semakin mendapat perhatian ternyata Ernie Zakri juga mempunyai perangai lucu yang sempoi terhadap orang ramai dan sporting menunjukkan gelagat kelakar yang lalunya mencuit hati warganet.
Terbaharu, pengguna aplikasi TikTok nampaknya dihiburkan lagi dengan gelagat lucu dia yang difahamkan ketika itu terlibat dalam Konsert Patriotik Tanah Airku di Panggung Sari, Istana Budaya di Kuala Lumpur pada 6 November lalu bersama pasangannya, Syamel dengan membuat persembahan.
Melihatkan video yang menunjukkan gelagat lucu Ernie Zakri ‘bye’ peminat selepas berakhirnya persembahan itu mengundang netizen gelak besar akibat terlalu terhibur melihatnya dan setakat ini rakaman penyanyi terkenal ini ditonton lebih 100,000 kali.
Agak menghiburkan melihat perangai sempoi Ernie Zakri yang apabila langsir besar di pentas sudah hampir tertutup juga dia masih ‘bye’ peminat dan suaranya yang comel ini turut mencuit hati.
@anisadriana_ ngak nyempat 🤧
Netizen diruangan komen membanjiri dengan pelbagai komen lucu sehingga dia hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.
“Kalau tak pregnant tu maybe sampai ke bawah…”
“Hahaha terhibur saya”
“Ala tomei tomei…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Lepas jam RM1 Juta, harga beg tangan Tokti pula hangat dibualkan, “Hebat!”
Komen ‘tak cantik korang, jangan beli’ undang Fazura terhibur- “Ghisau… takdan kat dia”
Disangka orang lain rupanya Aeril Zafrel, “Nak ditegur kecik pulak hati kang…”