Dalam dunia ini memang ada pelbagai jenis makanan. Apatah lagi jika korang ke luar negara dan mencuba makanan tradisi mereka. Bagi yang Islam, sudah tentulah perlu mencari yang halal.
Sama seperti yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon dikenali sebagai Andi Bernadee ini. Baru-baru ini Andi Bernadee berkongsikan satu video yang mana dia sedang makan sotong kurita masih hidup dan bergerak.
Hidangan menu itu dilihat dipotong-potong namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah kerana hidupan laut itu masih hidup. Dengan selambanya Andi Bernadee memasukkan makanan yang dihidangkan itu ke dalam mulutnya.
Berikut adalah rakaman Andi Bernadee makan sotong hidup yang dimuat naik menerusi TikTok penyanyi ini sendiri:
@andibernadee2020
Sotong yang dipotong itu masih bergerak-gerak dan dihidangkan ke dalam pinggan. Uish memang selamba habislah Andi Bernadee makan sotong hidup ini! Agak-agak apalah rasanya makan makanan yang terhidang sebegitu ya? Perkongsian rakaman tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan 122 ribu likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan rakaman ini di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:
“Masa nak telan kat tekak tu, dia berjalan balik naik atas tak?”
“Kalau dia tak gigit..Teros telan..Tak gerak ke benda tu dalam perut”
“Yang dah masak pun aku tak lalu kalau yang ni lagi la”
“Risau bertukar jadi squidward je”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Perangai Syazwan Zulkifly Di Luar Set Pengambaran, “Melatah Jugak Ni”
Lagu Baru Nabila Razali ‘Putus’ Raih Perhatian, “Sedihnya Lirik Dia”
Tiz Zaqyah Nyanyikan Lagu Bukan Aku Tak Cinta, “Agnez Monica Malaysia”