Hari ini boleh dikatakan hampir semua orang boleh menghasilkan video dan dikongsikan di sosial media. Ada telefon pintar dan internet, semua pun boleh jadi. Malah jika ada kreativiti dan identiti, video yang dihasilkan boleh jadi tular.
Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan dua lelaki telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam video itu seorang lelaki terlihat sedang asyik menyanyi. Namun apa yang membuatkan warganet tertarik apabila ternampak seorang lagi rakan di belakang sedang sibuk mengunyah.
Jika diperhatikan, rakan lelaki itu sedang cuba mengunyah makanan yang agak panas. Gigihlah dia mengunyah biarpun panas sampai tidak sedar rakan terakam dirinya juga. Berikut adalah perkongsian rakaman rakan sibuk makan di belakang curi perhatian ini:
@trisuakareal fokus ama yang makan pisang goreng @kopi_panas111 🤣 #duriduriyangkautancapkan #terduriduri #fyp #zinidinzidan #viralditiktok
Nampak macam tengah lapar sangat gayanya itu. Perkongsian rakaman rakan sibuk makan di belakang curi perhatian yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun trisuakareal ini telah meraih lebih 22 juta tontonan dan 1.8 juta likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Lapar yang sudah tak tertahan. Panas pun ku terabas”
“Lagi makan pihang hoheng”
“Tak rilek yang belakang”
“Serius sangat abang itu makan pihang goheng panas”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lelaki Viral ‘Mana Mana Rancak’ Beri Penjelasan Tentang Asal Ayat Tersebut
Video ‘Mana Mana Rancak’ Buat Ulang-Ulang Tonton, “So Dialah Yang Rancak2 Nyah”
Nyanyian Bella Ciao Peserta All Together Now, “Naik Bulu Roma!”