Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi dengan vokal yang cukup merdu dan padu bernama Ernie Zakri ini. Suaranya memang boleh ‘mengegarkan’ pentas setiap kali membuat persembahan.
Umum sedia tahu Ernie Zakri kini sedang hamil anak pertamanya. Namun begitu, baru-baru ini satu video persembahan Ernie Zakri di satu majlis telah menjadi perhatian ramai.
Dalam perkongsian tersebut, Ernie Zakri membuat persembahan lagu Gundah. Memang meriah suasana dewan majlis tersebut mendengarkan suara nyanyian bakal ibu ini.
Berikut adalah perkongsian rakaman persembahan Ernie Zakri di satu majlis yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun syarrr95 ini:
@_syarrr95 G U N D A H #foryoupage #malaysiatiktok #viral2021 #fypdongggggggg #ernizakri
Dahsyat! Tengah sarat mengandung pun masih boleh tarik tinggi lagi suara nyanyiannya. Memang padu dan tabik habislah! Apa-apa pun perkongsian rakaman persembahan Ernie Zakri di satu majlis ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 38 ribu likes. Rata-rata warganet turut memuji nyanyian padu penyanyi ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Memang la…Lagi mengandung..Lagi suara power..Macam Ziana dulu”
“Sejak preggy ni suara Kak Ninie dia punya merdu lain macam”
“Permata Malaysia ni. Suara padu teroxx”
“Ya Allah..Suara paling best la dia ni..Minat sangat suara”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lelaki Sedang Menyanyi, Tapi Rakan Sibuk Makan Di Belakang Bikin Terhibur!
Imran Ghisau Buat Hal Lagi, “Hahaha Atas Muka Terus Dia Bagi”
Pemuda Rakam Buaya Dalam Sungai, “Bukan Setakat Tumpang Lalu Tu”