Setiap kawasan perumahan pastinya mempunyai pasar malam mereka yang tersendiri di mana ia sering dilakukan seminggu sekali. Baru-baru ini, seorang lelaki yang cukup terkenal di Tik Tok berkongsikan situasi lucu yang selalu berlaku di pasar malam.
Malah perkongsiannya ini turut sama membuatkan netizen dapat relate dengan situasi tersebut. Video itu juga tular dikongsikan dengan lebih dua juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.
@ryanbakery
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan situasi yang berlaku di pasar malam semasa dia ingin membeli makanan. Lelaki itu kemudiannya bertanyakan harga makanan yang dijual oleh peniaga itu namun lain pula reaksi yang diterima.
Penjual itu kemudian dengan segera terus membungkus makanan tersebut dan memberikan kepada lelaki itu. Walaupun pada awalnya, dia hanya mahu bertanyakan sahaja tentang harga makanan tersebut dan belum berminat untuk membelinya.
Melihatkan reaksi pantas dari penjual itu, dia kemudiannya membuka dompet dan membayar makanan yang dihulurkan itu. Situasi ini turut membuatkan netizen terhibur apabila ramai yang pernah melalui situasi yang sama di pasar malam.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut berseloroh biasanya mereka juga turut berasa serba salah sekiranya ia berlaku. Malah ada yang akan terus membayar sahaja makanan tersebut kerana berasa terpaksa untuk membelinya.
“Terpaksa bayar, sekali balik rumah makan, uish sedap betul lah.”
“Strategi perniagaan yang tak pernah diajarkan di dalam buku teks.”
“Pernah macam ni, rasa serba salah kalau tak beli.”
“Rasa bersalah mat nak tolak.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Aiskrim Jatuh Bergolek, Gadis Pura-Pura Menyanyi Nak Cover Balik
Kucing Cuba Bawa Lari Ayam Goreng Milik Tuan, “Perangai Kau Dik…”
Budak Nak Bawa Balik Troli Kedai, Ending Video Pula Undang Ketawa