Dalam keadaan hujan yang tidak menentu sekarang ini, pastinya akan ada beberapa kawasan yang akan mengalami banjir. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki meredah banjir menarik perhatian ramai apabila dia berjaya mengharunginya dengan begitu sahaja.
Semuanya gara-gara cubaannya yang hanya menaiki basikal sahaja dan bukannya menaiki kereta besar seperti yang selalu dilakukan. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir lapan juta tontonan setakat ini.
@noon_120945
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang mengharungi banjir yang agak dalam di mana ianya menenggelamkan hampir separuh badannya. Dia juga kelihatan begitu mudah meredah banjir itu walaupun tanpa menaiki kenderaan berat.
Gelagatnya itu turut menarik perhatian orang ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia mengharungi banjir itu. Rupa-rupanya, lelaki itu menaiki basikal dan membawanya bersama untuk meredah banjir itu dengan mudah.
Kemunculan lelaki itu bersama basikal tersebut turut membuatkan netizen terkejut melihatnya memandangkan bukan mudah untuk melakukannya. Ditambah pula dengan reaksi wajah selamba lelaki itu yang seolah-olah ianya satu perkara mudah.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat lelaki itu meredah banjir dengan hanya menggunakan basikal sahaja. Malah ramai pula yang berminat untuk cuba melakukan perkara yang sama untuk merasai pengalamannya.
“Perhhh sempoi lah pak cik…”
“Selamba relaks je dia kayuh macam tak ada apa-apa…”
“Ingat dia naik elephant tadi lahaiiii.”
“Macam mana dia kayuh…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gadis Pandu ATV Sampai Terlanggar Tembok Bikin Dekah, “Salah Tembok…”
Lelaki Makan Nasi Tepi Pantai, Habis Dilambung Ombak Undang Ketawa