Nampaknya selepas Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz muncul di rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 baru-baru ini mengundang peminat kumpulan Tobat tidak dapat menahan ketawa mereka.
Umum diketahui, kumpulan Tobat dianggotai oleh Ajak, Ropie dan Bell Ngasri yang mana kemunculan PU Riz membuatkan mereka hangat menjadi perbualan di media sosial.
Manakala di TikTok, lawak mereka bersama PU Riz mengundang penonton terhibur sehingga viral. Apatah lagi disaat PU Riz di MLM itu mengeluarkan punch line yang tidak disangka-sangka warganet.
Lebih menghiburkan penonton MLM, dalam pada PU Riz memberikan punch line selepas Ajak menyebut nama isterinya iaitu Neelofa, PU Riz sempat menutup mukanya.
Turut menjenguk ke ruangan komen, kumpulan Tobat berjaya membuatkan ramai tertawa bukan sahaja di rancangan tersebut malah warganet turut sama terhibur dengan lawak mereka.
@cikmanessss Pandai Pu Riz amik hati neelofa 🙈😍 #maharajalawakmega2021 #tobatmlm2021 #puriz #neelofa #fyp
Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video tersebut juga ternyata, kemunculan PU Riz tersebut berjaya menarik tumpuan ramai dan menerima pujian warganet.
“Bini aku bukan bini mung, hahaha kelakar lah”
“Paling kelakar malam ni, hahaha total 10 HA beb”
“Yang tukang bagi pickup line pun terus malu…”
“Tersipu-sipu tergelak sendiri, tengok ulang kali… sape geng”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sempoi Haqiem Rusli & Anis Sofea buat video TikTok, “Atas permintaan ramai”
Terjah pembeli tudung Fazura, “Betul2 dia hargai orang yang beli…”
Kompilasi babak tarik getah rambut pula cetus ratusan komen, “Untung senang tarik…”