Memandangkan sekarang ini segala aktiviti sudah kembali seperti biasa, inilah masanya orang ramai meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Macam gelagat sekumpulan lelaki ini yang mencuri tumpuan ramai dengan aksi bermain golf mereka ini.
Semuanya gara-gara kejadian lucu yang berlaku kepada salah seorang dari mereka pada penghujung video. Malah rata-rata netizen turut sama berdekah melihatkan gaya lelaki itu bermain golf yang lain daripada lain.
@hurtinkyle ada yang pergi, tapi bukan bola #golf
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermain golf di mana mereka berkongsikan satu persatu gelagat mereka bermain. Pada awalnya, kedua-dua lelaki itu dilihat berjaya memukul bola golf itu dengan penuh bergaya.
Namun lain pula yang berlaku pada lelaki yang terakhir apabila kayu golf yang dipegangnya pula yang tercampak jauh. Malah dia juga tidak berjaya memukul bola golf itu seperti biasa sekaligus membuatkan yang lain berdekah melihatnya.
Lebih melucukan, lelaki itu terus terduduk sebaik sahaja tidak sengaja melemparkan kayu golf tersebut. Dalam masa yang sama, rakan-rakan yang lain turut berdekah melihatkan gelagatnya yang tidak disangka ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaannya bermain golf ini. Malah ada yang siap berseloroh mengusik lelaki itu yang tentunya malu dengan apa yang berlaku.
“Boleh pergi jauh ni. Jauh dari kayu golf.”
“Kalau I, aku dah malu super ultra extra max pro 10tb.”
“Terima kasih bang buat saya gelak.”
“Lain macam.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Reaksi Cashier Bila Diusik Lelaki Ini Undang Ketawa, “Marah Nau Bhai…”
Lambat Ambil Adik Di Sekolah, Reaksi Adik Pula Bikin Berdekah