Ternyata tidak henti-henti momen bahagia mereka dikongsikan oleh peminat yang tumpang gembira dengan pasangan bahagia ini akhirnya sah bergelar suami dan isteri, Uqasha Senrose serta jejaka pilihan hatinya, Kamal Adli.
Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, berita pernikahan pasangan ini sangat membuatkan peminat dan warganet ternanti-nantikan perkongsian mereka dan ternyata posting Kamal Adli mahupun Uqasha Senrose diruangan Instagram peribadi mereka menerima ribuan tanda suka.
Malah busana yang digayakan oleh Uqasha Senrose dan suaminya itu turut menerima pujian ramai apabila busana songket daripada Rizman Ruzaini juga viral di media sosial dengan keunikannya.
Walau bagaimanapun, dalam pada itu tercuit hati juga warganet melihatkan gelagat lucu Uqasha Senrose dan Kamal Adli ini yang saling mengusik antara satu sama lain sehinggakan video terbabit yang dikongsikan semula menerusi TikTok mencuit hati ramai.
Mana tidaknya, dalam disebalik suasana makan pengantin sempat pula Uqasha Senrose menyuap dirinya sendiri dan Kamal Adli yang sememangnya seorang yang lucu turut membuatkan warganet terhibur dengan reaksinya selepas itu.
@adibaizat__ eh terlupa cik suami pulak 🤣😜 #kamaladli #uqashasenrose #KamalxUqasha #foryoupage #foryou #fyp #fypシ @kamaladli86 @uqashasenrose92
Lalu menjengah pula ruangan komen, gelagat lucu Uqasha Senrose menarik perhatian ramai dengan bermacam-macam respon berseloroh ditinggalkan terhadapnya.
“Kamal ni suka buat lawak…”
“Eh so cute la…”
“Hahaha kelakar la…”
“Lawak la dorang ni…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Gembira sempat lompat, perangai lucu Kamal Adli bikin netizen terhibur- “Tak boring…”
Aedy Ashraf kantoi panggil ‘Baby’ buat Amelia Henderson bikin netizen ulang2 video
“Mak nak kawennn”- Gelagat Neelofa bila ditegur suami cuit hati ramai