Umum sedia tahu akhir-akhir ini beberapa kawasan telah dilanda banjir yang menyebabkan banyak rumah ditenggelami air. Namun ada beberapa lokasi yang banjir ini semakin surut dan ramai yang sudah pun berjaya pulang ke kediaman masing-masing.
Namun begitu, pastinya rumah-rumah ini harus dibersihkan dan banyak barang-barang yang perlu dibaik pulih atau tidak boleh digunakan lagi. Sir Fathi, seorang guru matematik yang sering mencuri tumpuan umum ini juga tidak terkecuali diuji dengan bencana alam tersebut.
Walau bagaimanapun, satu video yang memaparkan Sir Fathi tetap mengajar biarpun berlatarbelakangkan rumah yang sedang dibersihkan ini telah mencuri perhatian warganet. Jelas kelihatan dalam rakaman ini beberapa rakannya datang membantu membersihkan apa yang patut.
Berikut adalah rakaman Sir Fathi tetap mengajar biar diuji bencana alam yang dikongsikannya menerusi TikTok ini:
@mathsanova
Perkongsian rakaman Sir Fathi ini telah meraih lebih 256 ribu likes dan 1.7 juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Hahaha part last tu main nyembur jalan pulak”
“Dalam menghadapi bencana, kita menghadapi addmath. Btw salute sir”
“Dia mengajarkan kita bahawa walaupun buku lunyai atau basah kena banjir tetaplah belajar ambek ilmu”
“Walaupun kena musibah tapi tetap bagi orang ilmu. Tetap boleh tersenyum. Moga Allah permudahkan segala urusan sir”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Rakaman Joey Menyanyi Raih Perhatian Ramai, “Suara Dia Memang Suara Carik Makan”
Izzue Islam Dan Azhan Rani Buat Hal, “Yang Last Tu Da Lama Pendam Ke”
Video Ayie Floor 88 Nyanyi Masa Kecil Tular, “Gaya Tetap Kekal Sampai Sekarang”