Rasanya ayat ‘mana-mana rancak, berdosa’ masih sahaja bermain-main di fikiran anda. Ayat ini bagaimanapun antara yang menjadi fenomena baru-baru ini di media sosial.
Terbaharu ternyata ramai peminat dan warganet dapat mendengar pelakon dan usahawan terkenal iaitu Fazura yang mana turut sama sertai ayat tersebut yang kini juga telah menjadi trend di aplikasi, TikTok.
Lebih menghiburkan juga, Fazura dilihat tidak miming ayat ‘mana-mana rancak, berdosa’ itu seperti individu lain sekali gus menjadi bualan warga TikTok dengan tidak sampai satu hari dikongsikan, gelagat lucu Fazura ditonton ribuan kali.
Ini kerana, Fazura yang tampil cukup jelita dalam video dimuat naik itu disamping dia merakam ‘rancak’ versi dirinya sendiri. Menerusi video, Fazura dengan wajahnya yang serius turut mengundang tawa buat peminat.
Ujarnya diruangan kapsyen pula, “Rancak yerrr, version saya yerrr, ” yang lalunya juga membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa kerana tidak menyangka, selebriti jelita ini juga seorang yang kelakar.
@fazuraofficial Rancakkk yerrr.. Version saya. Yerrr… @abang.vi #cayangdia
Komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet melalui perkongsian tersebut juga turut dilihat begitu terhibur dengan gelagat comel Fazura yang turut sama mengikuti trend di TikTok.
“Dia ni kenapa sekarang dah jadi pelawak haha”
“How can muka dia tahan gelak”
“Teringat Imran…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Pesanan Jep Sepahtu kembali viral, gaya rambut ‘hangat’ diperkatakan warga TikTok
Dikatakan macam dialog sendiri, babak Amer & Datin Laila bikin penonton terhibur, “Selamba je”
Kucing macam malas layan tuan buat video, ‘mata keatas’ serupa emoji jadi bualan warga TikTok