Di media sosial, ramai yang sering kali terhibur melihat gelagat lucu kucing berwarna oren atau si oyen yang sering mencetuskan masalah. Macam situasi lucu yang dikongsikan ini apabila si oyen ini mahu membuang air namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.
Semuanya gara-gara kemunculan seekor lagi anak kucing yang muncul di tempat yang tidak sepatutnya diduduk. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.
@leemj0717 우리 길고양이 나비랑 아기들 엄마 응가할라하는데 ㅋㅋ 기여운 녀석🤣
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang sedang mengorek pasir untuk membuang air. Dalam masa yang sama, turut kelihatan seekor lagi anak kucing yang turut sama menyibuk di kawasan tersebut.
Si oyen kemudian dilihat mula membuang air di dalam lubang tersebut namun lain pula yang dilakukan anak kucing tersebut. Apa yang melucukan ialah anak kucing itu kemudian duduk di lubang tersebut semasa si oyen cuba ‘membuang’ di situ.
Malah anak kucing itu juga kekal tercegat di situ dan tidak berganjak sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Netizen turut berseloroh kucing berwarna oren seperti ini memang sering kali mencetuskan masalah dan tidak hairan melihatnya lagi.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi malang yang menimpa anak kucing ini. Ada juga netizen yang terkejut melihat gelagatnya yang tidak disangka ini pada penghujung video.
“Oyen biasalah.”
“Aduhai dah kenapa kesian dia hahaha.”
“Orang nak melepas dia pun nak melepas jugak.”
“Kena berak anaknya.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Lelaki Dan Rakan Jumpa Perempuan Pakai Baju Sama, “Jodoh Depan Mata…”
Budak Menangis Nak Kahwin Bikin Dekah, “Sabar Dik Ikut Giliran…”