Ternyata selepas pelakon yang kini hangat diperkatakan iaitu Aedy Ashraf dilihat membuat IG live bersama Amelia Henderson mengundang klip video mereka tular sejak beberapa hari ini.
Gandingan serasi Aedy Ashraf dan pelakon jelita, Amelia Henderson dalam Kisah Cinta Kita berhasil membuatkan penonton begitu seronok melihatnya sejak November lalu.
Sehingga kedua-dua pelakon ini tidak henti-henti menjadi bualan dan perhatian buat ramai. Manakala selepas membuat IG live bersama, mereka sekali lagi mencuri tumpuan umum.
Warga TikTok yang turut meminati mereka juga berkongsikan beberapa rakaman video IG live mereka itu. Nampaknya antara yang bukan sahaja menarik tumpuan malah juga menghiburkan ramai.
Ini kerana, komen yang dipercayai daripada pelakon, Aeril Zafrel yang dikatakan turut menyertai IG live mereka baru-baru ini mencuit hati peminat.
@axzlina05
Sekali gus video yang dimuat naik terbabit juga dengan pantas meraih ribuan tontonan disamping komen Aeril Zafrel di IG live mereka itu membuatkan warganet juga tidak ketinggalan meninggalkan bermacam-macam respon pula terhadapnya.
“Aku syak si Aeril ni pun layan drama Kisah Cinta Kita”
“Hahaha, yang komen pun boleh tahan juga kelakarnya…”
“Aeril tak pernah tak buat hal”
“Part suruh salah panggil tu…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Akhirnya buat ‘IG live’ bersama, Aedy Ashraf & Amelia Henderson viral- “Selori gula tumpah…”
Azzam ‘Idola kecil’ & isteri rakam video trend, “Crush dia dah jadi suami…”
Naim Daniel jadi bualan warga TikTok, “Sebelum orang lain menganjing…”