Mereka yang melatah sememangnya selalu diusik oleh orang sekeliling ditambah pula dengan reaksi lucu mereka ketika diusik. Sama juga macam gelagat seorang nenek ini yang diusik oleh cucunya sendiri sehingga membuatkan dia menari tanpa sengaja.
Bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut terhibur melihat reaksi nenek tersebut yang terus menari ketika diusik. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.
@aizxthxziq hahah yg bukan ii je😂🤣#fyp
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan reaksi neneknya semasa diusik secara mengejut ketika berada di kenduri kahwin itu. Turut kelihatan, lelaki itu menghampiri nenek tersebut dari belakang dan mengusiknya sehingga membuatkan dia melatah.
Lebih melucukan, wanita tersebut yang terkejut dengan usikannya mula melatah dan mengikut tarian yang dilakukan lelaki itu. Dalam masa yang sama, turut kedengaran muzik lagu hindustan yang dimainkan di kenduri kahwin tersebut.
Pada sekali pandang, pasti ramai yang menyangka nenek tersebut sedang menari bersama lelaki itu. Namun sebenarnya, itu hanyalah reaksi melatahnya yang cuma mengikuti apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi wanita itu ketika melatah. Malah ada yang berseloroh memuji gelagat kedua-dua mereka yang kelihatan comel menari bersama.
“Comel pulak duet menari. Ngam je nenek tu masuk aduii.”
“Lembut je nenek menari.”
“Amboi cucu dia bukan main ek.”
“Confirm famous nenek tu nanti.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gadis Pelik Asyik Kena Hon, Rupanya Ada Sebab Lain Bikin Dekah
Gelagat Oyen Sibuk Berjalan Depan Pengantin, “Sentiasa Buat Hal…”
Tangan Berurat Macam Lelaki, Gelagat Gadis Ini Raih Perhatian