Bagi mereka yang takut pada kucing, tentunya berada berhampiran dengan mereka sahaja sudah mampu membuatkan anda tidak senang duduk dibuatnya. Macam gelagat seorang gadis ini yang terpaksa menghadapi situasi ini apabila seekor kucing memilih untuk duduk di sebelahnya.
Bukan sahaja duduk di situ malah kucing itu juga siap memerhatikan gadis itu tanpa henti. Reaksi selambanya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya lagi-lagi apabila kucing itu seperti sengaja berada di situ untuk mengusik gadis tersebut.
@hanabsrn siapa macam ni 😂
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang gadis yang sedang menjamu selera di sebuah restoran bersama rakannya. Menurut pemilik video, gadis itu sebenarnya takut pada kucing dan mula tidak senang duduk apabila muncul seekor kucing yang duduk berhampirannya.
Turut kelihatan seekor kucing yang duduk di kerusi itu sambil memandang ke arah gadis tersebut. Lebih melucukan, kucing itu kekal duduk diam di situ dan merenung gadis itu seolah-olah ingin meminta sesuatu darinya.
Reaksinya ini turut membuatkan netizen ‘geram’ melihat kecomelannya itu yang disamakan seperti meme kucing yang popular di media sosial. Dalam masa yang sama, gadis itu turut menahan rasa gementarnya itu apabila kucing itu kekal tidak berganjak dari tempatnya.
Di ruangan komen, reaksi selamba dari kucing itu turut membuatkan netizen terhibur melihatnya. Malah ada yang berseloroh kucing selalunya suka mengusik mereka yang takut pada kucing sama seperti yang dilakukannya ini.
“Makin kau takut makin dia suka tenung.”
“Nampak muka separuh pun comel.”
“Meow tu geram je tu.”
“Kucing: apa masalah dia ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kongsi Reaksi Tak Dapat Makan Maggie, Ramai Pula Yang Dapat ‘Relate’
Oyen Menangis Tikus Yang Ditangkap Terlepas, “Penat Oyen Tangkap…”