Pelakon dari zaman kanak-kanak hinggalah sudah dewasa kini, Bell Ngasri antara yang masih bertahan dalam industri hiburan tanah air. Berilah apa juga watak buat anak seni bernama Bell Ngasri ini pasti dapat dibawakannya dengan baik sekali.
Malah baru-baru ini satu rakaman babak lakonan Bell Ngasri dan Jasmin Hamid yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama bigszams telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak lakonan kedua-dua pelakon handal ini memang nampak serasi dan bersahaja.
Rakaman babak dari sebuah drama ini memaparkan Bell Ngasri dan Jasmin Hamid berlakon sebagai anak dan ibu. Kedengaran mereka sedang berbual mengenai tanah milik si ibu. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah cadangan Bell Ngasri untuk dibuat pada tanah mereka itu telah membuatkan ramai terhibur.
Berikut adalah rakaman babak lakonan Bell Ngasri dan Jasmin Hamid yang dikongsikan ini:
@bigszams Bell Ngasri ada idea nak buat memorial park #fyp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypage #fypシ #foryourepage #2022 #2022 #foryou
Memang menjadi sungguh lakonan kedua-dua pelakon ini! Perkongsian rakaman babak lakonan Bell Ngasri ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 5,500 likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Kalau tak lawak bukan Bell la. Di antara pelawak handalan di nusantara”
“Drama kesukaan keluarga. Karenah mak dan anak yang menghiburkan”
“Jadi anak beranak boleh. Jadi adik beradik pun boleh. Bell Ngasri forever baby face”
“Kena lak watak ibu dengan anak. Bergaduh tiada kesudahan dalam cerita ini”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Kereta Kancil Diubahsuai Curi Perhatian, “Cute Plak. Kreatif”
Balik Tabir Video Klip Fatin Afeefa Dan Tomok, “Suara Macam Telan Kaset”