Lakonan Mustapha Kamal nampaknya sangat memberikan kesan kepada penonton. Apatah lagi apabila karakter seorang Tan Sri atau Datuk yang memiliki syarikat besar. Boleh dikatakan karakter ‘papa’ dengan babak minum air oren untuk sarapan cukup sinonim dengan wataknya.
Malah di TikTok, menerusi akaun milik pelakon senior ini sendiri telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, Mustapha Kamal dilihat melayan karenah netizen yang suka menggunakan skrip seakan dalam drama di ruangan komen video-video miliknya.
Terbaharu Mustapha Kamal layan netizen dengan berkongsikan satu video dirinya sedang minum jus oren dengan kapsyen berbunyi seperti berikut:
“Nak menantu yang ada ladang serta kilang orange juice.. Pagi2 papa minum orange juice, cuci perut- menyegarkan.”
Bukan main lagi pilihan calon menantu papa Mustapha Kamal ini tau! Apa-apa pun rasanya muat naik ini hanya bertujuan gurauan semata-mata.
Berikut adalah perkongsian penuh yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Mustaphakamaal ini:
@mustaphakamaal Reply to @mohdimanahib No.. Nak menantu yang ada ladang serta kilang orange juice.. Pagi2 papa minum orange juice, cuci perut- menyegarkan.
Perkongsian rakaman Mustapha Kamal layan netizen ini telah meraih lebih 770 ribu tontonan dan 88 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian rakaman tersebut. Malah di ruangan komen ada juga warganet yang meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
“Tergelak2 saya baca komen semua. Korang sporting Dato pun sempoi melayan”
“Papa saham syarikat kita merundum. Perlukan kita jual tanah kita 20 ribu hektar di Yaman??”
“Kebetulan papa saya ada ladang limau purut. Bukan setakat minum, nak buat mandi pun boleh kalau papa nak”
“Semua komen buat aku tergelak”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Kereta Kancil Diubahsuai Curi Perhatian, “Cute Plak. Kreatif”
Balik Tabir Video Klip Fatin Afeefa Dan Tomok, “Suara Macam Telan Kaset”