Menjaga kucing di rumah bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka juga memerlukan perhatian dan kasih sayang dari pemilik mereka. Baru-baru ini pula, gelagat seekor kucing yang duduk termenung bosan gara-gara pemiliknya keluar bekerja mencuit hati netizen.
Bukan sahaja kelihatan kelakar malah ramai yang turut sama ‘cair’ melihat kecomelannya ini yang seakan-akan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Gelagatnya ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya apabila kucing itu siap termenung sendirian.
@ross_mawarputih Dengan mummy dia bosan duduk diam je, dengan daddy dia auto buas 😌 #kucingnakal #kucingsunyi #kucingbosan
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya itu semasa suaminya keluar bekerja. Menurutnya, kucing itu akan duduk termenung sahaja setiap kali lelaki itu keluar bekerja dan seperti menunggunya pulang.
Lebih melucukan, kucing itu turut dilihat hanya terbaring bersandar pada dinding sambil termenung seperti sedang memikirkan sesuatu. Walaupun wanita itu ada bersamanya di rumah, kucing itu hanya menanti sahaja lelaki itu pulang dari kerja.
Namun lain pula yang berlaku apabila lelaki itu pulang di mana kucing itu begitu aktif bermain bersamanya. Melihatkan reaksinya ini, netizen berseloroh biasanya kucing memang akan berkelakuan begitu setiap kali menanti pemilik kesayangan mereka pulang.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gaya kucing itu yang hanya termenung menantikan pemiliknya ini. Malah ada yang berseloroh tertanya-tanya apa agaknya yang difikirkan oleh kucing itu sepanjang hari.
“Dia punya bosan sampai termenung lagu tu.”
“Mikir masa depan ke dik.”
“Hahaha bosan sangat tu.”
“Aku tak leh brain lah dia punya menung tu. Apa agaknya dia dok fikir eh.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Lelaki Kena Bahan Dengan Member, Dipuji Hensem Tanpa Henti Bikin Dekah
Gadis Halau Belalang Guna Penyembur, Komen Netizen Pula Undang Ketawa
Oyen Buat Muka Sedih Ikan Rebus Habis Raih Perhatian, “Siannya Muka Dia…”