Bagi penonton setia rancangan Amazing Race, mesti anda cukup sukakan debaran dan cabaran yang selalu dilakukan oleh para peserta dalam rancangan ini kan. Bukan sahaja kelihatan sangat mencabar malah ia juga penuh dengan unsur yang mendebarkan.
Tetapi baru-baru ini, perkongsian di sebalik tabir rancangan itu berjaya mengubah pandangan ramai tentang rancangan tersebut. Sehinggakan rata-rata netizen turut berasa tertipu apabila mendapati rancangan itu tidaklah seperti yang disangka.
@joshgarlepp No wonder it’s a race, wasted so much time doing takes, I was walking by #amazingrace #realitytv #australiantv #fremantle
Di dalam video yang dikongsikan ini, seorang lelaki memberitahu dia sedang berjalan-jalan apabila dia terserempak dengan krew rancangan itu. Malah mereka juga sedang membuat penggambaran rancangan Amazing Race tersebut bersama pesertanya.
Namun ia sebenarnya tidaklah ‘real’ seperti yang disangka kerana mereka tidak kelihatan terburu-buru seperti yang dilihat di televisyen. Turut kelihatan, peserta tersebut membaca arahan pada kad cabaran dan mengulangnya semula pada sudut yang lain.
Malah jurukamera itu juga siap mengubah ‘angle’ beberapa kali seolah-olah peserta itu sedang berlakon pula. Melihatkan situasi di sebalik tabir ini, ramai juga yang berasa tertipu dan tidak menyangka ianya seperti satu lakonan sahaja.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berkongsikan reaksi mereka melihatkan di sebalik tabir ini. Malah ada yang berseloroh berasa kecewa apabila mendapat tahu ia tidaklah mendebarkan seperti yang disangka.
“Kena scam lah siak. Dulu aku suka sangat tengok cerita ni.”
“Saya sangat kecewa sekarang.”
“Tipah tertipu selama ini.”
“Sebab tu runningman lagi seronok…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Laluan Curam Untuk Golongan OKU Dikecam Netizen, “Auto Fly Ni…”
Rakaman ‘Road Tax’ Kereta Ditampal Di Cermin Belakang, “Polis Pun Gelak Nak Cari…”
Wanita Bengang Orang Letak Pamplet Dekat Cermin Kereta, “Dugaan Puasa…”