Mesti anda tertanya-tanya, siapa Ira Kazar? Gadis cantik ini adalah anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar. Siapa sangka pelakon lagenda, Kazar Saisi mempunyai seorang anak gadis yang begitu cantik sekali.
Gaya fesyen dan penampilannya dikatakan mirip Avril Lavigne membuatkan dia juga punya peminatnya sendiri. Tidak hairanlah menjadi tumpuan, apatah lagi daripada sang jejaka.
Tidak kurang juga dengan pelbagai kontroversi yang dicetuskan membuatkannya seringkali tular di laman sosial dan menjadi perhatian serta bualan netizen. Jika anda masih ingat, sebelum ini Ira pernah menjadi bualan sensasi di media sosial gara-gara aksi geleknya yang seksi berlatarkan lagu One Dance nyanyian Drake. Kerana video kontroversi selama 30 saat itu menjadikan carian namanya “Ira Kaza” trending di laman mikro Twitter.
Kini, kontroversi sekali lagi tercetus disebabkan Puteri Sarah dengan sebuah posting di instagram “Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah”
Kepada anda yang tertanya-tanya siapakan beliau, berikut kami kongsikan biodata ringkas dan imej terkini.
Biodata Ira Kazar
Nama Penuh: Faghirah Fatini Binti Kazaruddin
Nama Komersial: Ira Kaza
Umur: 27 tahun (2022)
Asal: Kampar, Perak
Ibubapa: Kazaruddin Saisi / Kazar (bapa), Rashidah Latiff (ibu)
Adik-Beradik: Anak ke-4 dari 5 beradik. (Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff)
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Instagram: @irakaza
Twitter: @IraKaza
Koleksi imej terkini
Makan Tapi Tak Masuk Mulut, Lagi Babak ‘Failed’ Drama Melayu, “Tutorial Makan Angin”
Nadhir Dan Shaza Bae Rakam Video Bersama, “Serupa Weyyy Muka Diorang”
“Tepat pilihan Mira”- Gelagat sweet buat Mira Filzah, Wan Emir dipuji gentleman