Pelakon lelaki dari generasi dulu-dulu hinggalah kini memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Jika dulu nama seperti Rosyam Noor dan Faizal Hussein antara yang cukup popular dan diminati ramai sebagai hero malaya dalam drama mahu pun filem, kini kita ada beberapa nama lain yang tidak kurang hebatnya.
Malah ada juga pelakon-pelakon ini yang sehingga kini masih aktif dalam dunia hiburan tanah air. Jom kita tengok rupa transformasi hero malaya dulu dan kini ini.
1. Rosyam Nor
Rosyam Nor atau nama penuhnya Datuk Mohamed Noor Shamsuddin ini mula menceburi bidang lakonan dalam Gila-Gila Remaja. Pada tahun 1987, Rosyam Nor muncul pula dalam filem Sayang yang sekaligus membuatkan namanya mula dikenali ramai.
Antara karya lakonannya yang lain adalah KL Gangster 2, Misteri Dilaila, Rumah Di Tengah Sawah, Pondok Buruk dan banyak lagi. Rosyam Nor juga antara pelakon lelaki versetail.
2. Faizal Hussein
Lakonannya dalam Gila-Gila Remaja telah mengangkat nama anak seni ini. Bermula dari situ karier Faizal Hussein sebagai pelakon berkembang. Hingga kini Faizal Hussein masih aktif berlakon dan memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.
Untuk info, Faizal Hussein dan Rosyam Nor adalah sepupu dan sama-sama mengejar impian dari mula untuk bergelar pelakon.
3. Fattah Amin
Bekas finalis Hero Remaja, Fattah Amin ini nampaknya semakin glow up! Lahir pada September 1990, kemunculan awalnya dalam bidang lakonan adalah menerusi Memberku Hawa dan filem pertamanya ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia sekitar 2014.
4. Syamsul Yusof
Siapa sahaja tidak mengenali Syamsul Yusof, anak kepada pengarah dan penerbit popular, Yusof Haslam. Selain dari berbakat dalam bidang lakonan, Syamsul Yusof juga boleh menyanyi, membuat lagu dan mengarah filem.
5. Syafiq Kyle
Juga adalah finalis Hero Remaja, pemuda berlesung pipit ini nampak agak berbeza dulu dan sekarang. Tapi wajah manisnya itu tidak banyak berubah. Lakonannya sebagai Ustaz Adam dalam drama Nur membuatkan namanya lebih dikenali ramai.
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Syamsul Yusof Kongsi Bayangan Jalan Cerita KL Gangster 3 The Finale
Faizal Hussein Menyanyi, “Steady Brader, Sebijik Macam Kaset!”