Vokalis kumpulan penyanyi popular satu ketika dulu, Tomok dari New Boyz kini bergelar penyanyi solo dan telah pun menerbitkan beberapa buah lagu. Berjaya membuktikan bakat nyanyiannya, Tomok masih memiliki peminat yang masih menghargai suaranya.
Kini Tomok sudah pun memiliki tiga cahayamata dan setiap dari mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Lihat sahaja perkongsian gelagat anak-anaknya menerusi media sosial, comel-comel belaka!
Terbaharu Tomok berkongsikan satu rakaman yang memaparkan anaknya, Arrian menyanyikan semula lagu popular New Boyz. Arrian Shah Akid yang kini sudah pun berusia 10 tahun menunjukkan bakat nyanyiannya itu dan membuatkan Tomok berbangga denganya.
Berikut adalah perkongsian rakaman anak Tomok nyanyi lagu New Boyz yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok penyanyi ini sendiri:
@tomoknewboyz terkejut ayah dengar arrian hafal lagu ayah 🥲
Tak sangka Arrian memiliki bakat menyanyi sama seperti bapanya! Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan? Perkongsian rakaman anak Tomok nyanyi lagu New Boyz ini telah meraih lebih 800 ribu tontonan dan 78 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Fuhh lagu aku masa sekoleh menengah belah tengah…Tapi tu lah sampai sekarang belah tengah lagi”
“Dah boleh tubuh kumpulan baru dah ni bang Tomok New Boyz, kumpulan New Bornz”
“Terbaik! Asah bakat lagi. Comelnya”
“Tomok muka terharu habis. Huhu besar dah Arrian”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Beli Atau Sewa Vellfire? Lelaki Ini Kongsi Kira-Kira Logiknya
Muzik Video Raya Sekolah Seni Dipuji, “Dah Macam High School Musical”
Kucing Berpesta Di Rumah Bila Tuan Balik Kampung, “Pandai Berlakon Masing2!”