Sebagai seorang pemandu yang berhemah, kita mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa memandu. Tetapi ada kalanya, bukan semua yang akan memandu dengan berhemah sehingga membahayakan nyawa orang lain.
Macam situasi yang dikongsikan pemilik video ini apabila ayahnya nekad menyamar menjadi polis trafik gara-gara pemandu yang memandu laju di depan rumahnya. Walaupun ianya kelihatan melucukan, siapa sangka tindakannya itu akhirnya membuahkan hasil!
@fiezamieza
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat ayahnya yang menyamar sedang melakukan operasi speed trap di depan rumahnya. Turut kelihatan, lelaki itu berpura-pura sedang bertugas sambil memerhatikan para pemandu yang lalu di situ.
Menurutnya, si ayah nekad melakukan penyamaran itu disebabkan terlalu ramai pemandu yang memandu dengan begitu laju di hadapan rumah mereka ini. Selalunya untuk kawasan perumahan, para pemandu mestilah memandu dengan had laju yang ditetapkan.
Lebih melucukan, penyamaran yang dilakukan ini akhirnya berjaya apabila pemandu yang melalui jalan tersebut mula memperlahankan kereta mereka. Walaupun dengan hanya menggunakan ring light dan beberapa barangan yang lain, ternyata ia berjaya membuatkan ramai tertipu melihatnya.
Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen turut memuji usaha yang dilakukan oleh lelaki itu. Malah ada yang bersetuju biasanya ramai yang suka memandu dengan laju di kawasan kampung seperti ini.
“Next time pakai vest pantulan cahaya tu.”
“Mesti pemandu kereta yang kena tu bingung. Ada speed trap ka kat jalan kampung.”
“Terhibur jugalah terbaik.”
“Boleh pulak tu. Ramai-ramai kena scam.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Label Tandas Sejuk Macam Syurga, Sharifah Sakinah Terima Kecaman Netizen
Pengguna Waze Lalu Jalan Penuh Semak Samun Raih Perhatian Ramai
Netizen Puji Gelagat Geng Lelaki Bagi Air Percuma Masa Jalan Jem