Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Usik kaki latah main

Usik Kaki Latah Sebelum Bersalaman, “Yg Mulakan Pun Sama 2×5 Melatah”

Ain Mahthir by Ain Mahthir
3 weeks ago
in Kehidupan, Lawak
Reading Time: 2 mins read

Melatah adalah salah satu perbuatan dalam kadar tidak sedar yang biasanya disebabkan individu itu terkejut dengan keadaan sekelilingnya. Dalam masyarakat kita tiada apa yang pelik dengan situasi orang melatah ini. Ia sudah menjadi kebiasaan sejak dari zaman dahulu lagi.

Apatah lagi bila orang sekeliling ‘kaki mengusik’, memang riuh jadi suasananya. Bagaimanapun dalam satu rakaman baru-baru ini dipaparkan seorang lelaki diusik hingga melatah telah mencuri perhatian warganet.

Dalam perkongsian itu kelihatan seorang lelaki usik kaki latah sebelum bersalaman di satu ruang di dalam rumah. Kedatangan lelaki itu pada awalnya sahaja sudah undang tawa dengan usikannya pada individu itu yang melatah.

Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki usik kaki latah sebelum bersalaman yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun audreny46:

@daudreny46

Tiap tahun klau nk salam raya msti jadi rupa ni..🤦 betuah punya ank @itsme.fad ni.. kami raya lambat tahun ni..sbb ank2 dh berkeje🥹 #RancakRaya #fyp #daudreny46 #renydaud46 #komehappytemangembira #latah #melatah #viral #fypmalaysia🇲🇾 #fypindonesia #lawak #fypシ #tiktokmalaysia #tiktok #raya2022 #rayaterkejut

♬ bunyi asal – 🇲🇾 DaudReny46 🇮🇩 – 🇲🇾 DaudReny46 🇮🇩

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah gelagat nenek di sebelah ‘kaki latah’ itu. Manakan tidak, sakan betul dia terhibur dengan suasana tersebut. Apa-apa pun berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Acik kat sebelah tu hepi benooo…”

Usik kaki latah 4

“Hahaha kaki sapeee ni”

Usik kaki latah 3

“Hahaha nenek gelak tak rilex sib baik tak terbang”

Usik kaki latah 2

“Yang mulakan pun sama 2×5 melatah..Ada hati nak usik hahaha”

Usik kaki latah 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Memerang Datang Lepak Sungai Melaka, “Petanda Yang Baik Mungkin”

Muzik Video Raya Sekolah Seni Dipuji, “Dah Macam High School Musical”

Kucing Berpesta Di Rumah Bila Tuan Balik Kampung, “Pandai Berlakon Masing2!”

Sumberaudreny46

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
suara mickey mouse
Hiburan

Suara Mickey Mouse Adalah Khir Rahman Buat Ramai Tak Percaya!

1 day ago
Tingkap
Media Sosial

“Benda boleh kecoh…”- Suka2 rampas tempat duduk sebelah tingkap dibidas ramai

3 days ago
Lego
Media Sosial

Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia