Sejak akhir-akhir ini kelihatannya tudung sulam menjadi trending di media sosial. Walau bagaimanapun, buat yang tidak tahu tudung sulam ini sudah dikenali sejak tahun-tahun terdahulu malah kebanyakan warganet juga ada berkongsi tidak perlu membelinya memandangkan ibu dan nenek mereka masih memiliki tudung yang digelar legend ini.
Malah bagi individu ini pula, dia berkongsikan rakaman berebut selepas nenek mereka memberikan beberapa helai tudung sulam legend ini.
Jelas kedengaran juga kegembiraan pemilik akaun ini selepas berjaya mendapatkan tudung sulam legend ini daripada neneknya apatah lagi kini viral dengan harga juga dijual mencecah ratusan ringgit.
@nurfadilawatie #tudunglegend #fpyツ #tiktokmalaysia🇲🇾
♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku – Isma Sane
Ternyata tudung legend yang kembali trending mendapat perhatian warganet di media sosial itu turut tertarik dengan hantaran video oleh Nurfadilawatie itu kepada umum sekali gus meninggalkan ratusan reaksi kepada dirinya diruangan komen.
Netizen juga dalam pada masa sama turut berkongsikan kisah mereka diruangan komen apabila dirumah juga banyak tudung sulam tersebut milik ibu mereka yang tidak disangka-sangka kembali menjadi viral.
“Harga kemain, dulu RM10 pun boleh dapat”
“Aku bagitahu mak aku tudung yang dia pakai viral…”
“Saya dulu banyak tudung camni, tak sangka trend balik”
“Ok inspirasi nak simpan tudung aku mana tahu…”
Sekejap, selain artikel tersebut ada beberapa lagi artikel yang menarik lain boleh dibaca oleh anda. Berikut antara yang kami kongsikan:
“Kalah siri dunia khayalan”- Lelaki membebel tonton babak dilihat jatuh motor tapi sempat ‘parking’
Iman Troye kata lelaki ini macam Jep, rupanya cara ketawa & lawak sama tarik perhatian ramai