Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri K-Pop semakin mendapat perhatian dari peminat di seluruh dunia. Sehinggakan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan K-Pop akan menerima sambutan yang sangat baik dan mendapat permintaan tinggi.
Baru-baru ini pula, kenyataan dari seorang pelajar Malaysia yang juga Tik Tokers terkenal ini telah menerima kecaman dari ramai netizen. Sabrina Azhar yang sering memuat naik video tarian K-Pop ini mengundang kemarahan ramai dengan kenyataannya semasa ditemu bual oleh BBC.
"I like my hijab and I like dancing."
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Sedikit latar belakang tentang Sabrina, dia merupakan pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian di Korea. Dalam masa yang sama, dia juga aktif berkongsikan content di akaun YouTube dan juga Tik Tok miliknya dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
Antara content yang sering mendapat sambutan ialah video-video tarian K-Pop di mana dia akan menari lagu-lagu terkini dari kumpulan K-Pop. Di dalam temu bual bersama BBC pula, Sabrina berpendapat para hijabi sepertinya tidak perlu takut untuk berasa yakin dengan diri sendiri.
“Bagi saya, selagi saya rasa saya melakukan perkara yang betul , saya tidak menganggu sesiapa, maka saya tidak fikir ia sepatutnya jadi masalah.”
Menurutnya lagi, dia sering menerima kecaman kerana sering memuatnaik videonya menari dan mencemarkan imej wanita yang berhijab namun dia memilih untuk tidak melayan komen seperti itu. Kenyataannya di dalam temu bual ini juga turut membuatkan ramai memberikan reaksi negatif melihatnya.
“Kenyataan dia sangat berbahaya, seolah-olah ia dibenarkan. Tak rasa bersalah langsung promosi benda haram.”
“Aku pun takde lah alim mana. Tapi bila Allah dan nabi cakap tak boleh, tak boleh lah. Ni lah bila fatwa ikut tekak sendiri.”
“Patut sabrina kena letak disclaimer, this is my personal choice…”
“Aku dulu menari jugak zapin lagi tapi lepas tau hukum menari tu tak boleh then terus stop…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Sepupu Sendiri Menang Cabaran Duit Raya RM1K, Aisar Khaled Nafi Dah Sepakat
Tak Perasan Beli Earphone 5 Meter, Gadis Ini Menyesal Tak Baca Dulu Sebelum Beli
Netizen Terhibur Tengok Kuku Palsu Gadis Ini Tercabut Masa Beraya