Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kereta

Wanita Bengang Tengok Pemandu Parkir Kereta Sampai Berhimpit

Jannah by Jannah
2 weeks ago
in Media Sosial
Reading Time: 2 mins read

Memang ada kalanya kita akan berjumpa dengan pemandu yang tidak cekap untuk memarkir kenderaan di tempat yang sepatutnya. Kalau diikutkan semasa mengambil lesen memandu dahulu, bab parkir lah antara yang dipentingkan sekali.

Macam situasi yang dialami oleh wanita ini apabila kenderaannya dihimpit dengan sebuah kereta lain di tempat parkir ini. Ianya turut menyukarkan wanita itu untuk masuk ke dalam kereta sekaligus membuatkan dia berasa marah melihatnya.

@auza_88

Ak syak owner tak tahan nak berak kot 🤪

♬ original sound – Penjenayah_Merahjambu – Penjenayah_Merahjambu

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu merakamkan keadaan sebuah kereta lain yang diparkir begitu hampir dengan kenderaannya ini. Sehinggakan tiada ruang langsung untuk dia memasuki pintu apatah lagi untuk membuka pintu di sebelah pemandu itu.

Turut dapat dilihat dengan jelas, kereta berwarna hitam itu yang diparkir melebihi dari ruang kotak yang disediakan. Memandangkan dia datang bersama suaminya, dia akhirnya terpaksa memasuki kereta menerusi pintu pemandu gara-gara situasi tersebut.

pemandu

Wanita itu juga turut kedengaran bengang dan mempersoalkan tindakan pemandu itu yang memilih untuk meletakkan kenderaannya begitu. Dalam masa yang sama, ramai juga yang turut sama bengang melihat video yang dikongsikan ini.

Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen memberitahu mereka juga pernah melalui situasi yang sama seperti ini. Malah ada yang terpaksa masuk dari pintu penumpang sahaja setiap kali ianya berlaku.

“Pehal parking macam tu. Kan ada kotak parking masing-masing.”

wanita

“Pernah kena saya suruh orang tu cuba masuk saya punya kereta biar dia rasa boleh ke atau tak.”

kereta

“Ni mesti masa nak park ada trolley kat situ. Dia malas nak turun alih dulu.”

komen

“Nasib baik bukan myvi. Nanti habis keturunan kena kecam.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Netizen Terhibur Suami Sampai Ketar Tangan Tanya Cara Lipat Tudung Isteri

Pekerja Tertidur Masa Bekerja, Reaksi Pak Cik Shell Raih Pujian Ramai

Lelaki Nekad Kahwin Dua Walaupun Tahu Isteri Bersedih Terima Kecaman

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

2 days ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

3 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia